30 Julai cuti am sempena pertabalan Agong

30 Julai cuti am sempena pertabalan Agong

Ketua setiausaha negara berkata, cuti am tambahan itu bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, manakala Sarawak serta Sabah akan membuat keputusan sendiri berdasarkan undang-undang negeri.

Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mengumumkan 30 Julai ini cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.