10 kelengkapan dapur paling laris di portal beli-belah

10 kelengkapan dapur paling laris di portal beli-belah

Membeli belah di dalam talian menjadi kegemaran masyarakat umum dan alatan dapur menjadi carian terbanyak untuk dibeli.

Membeli menerusi talian sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat hari ini kerana ia bukan sahaja memudahkan, malah terdapat pelbagai tawaran menarik berbanding yang dijual di pusat beli-belah.

Taip sahaja barangan yang anda inginkan, semuanya ada daripada pakaian, kasut, kelengkapan rumah, makanan termasuk kelengkapan dapur.

Sebut tentang kelengkapan dapur, anda pasti terkejut kerana 10 barangan ini adalah antara item yang paling tinggi terjual menerusi aplikasi dalam talian.

1. Papan pemotong “gorila grip”

Bukan biasa-biasa tau papan pemotong ni sebab ia menyamai cengkaman gorila yang boleh memotong, menghiris apa sahaja! Atas kehebatannya itu, ia laris dalam kalangan ibu-ibu, tambahan pula ia mudah di cuci.

2. Pembuka botol

Ia mungkin item yang paling penting di dapur tetapi ia sangat berguna serta memudahkan kerja-kerja di dapur.

Paling penting ia antara barang yang dicari dalam talian.

3. Penimbang berat digital

Zaman sekarang masak semua bahan kena sukat dan bukannya macam orang dahulu ikut sesedap rasa.

Sebab itulah penimbang berat digital ini antara yang banyak dibeli orang ramai.

4. Pemerah limau

Kalau nak buat sambal belacan tak sah kalau tak perah air limau.

Tapi tak usah bimbang, banyak tempat pemerah limau yang dijual dalam talian.

5. Termometer

Antara yang laris adalah termometer.

Ia selalunya digunakan ketika panggang daging bagi memastikan sama ada ia sudah masak atau pun tidak tanpa perlu membelah daging.

6. Cawan pengukur

Bekas pengukur ini selalunya akan keluarkan bila tiba musim hari raya sebab nak sukat tepung ketika buat biskut.

Kalau tak ada cawan pengukur, barangkali hanya bekas biskut raya yang dihidangkan kepada tetamu tanpa kuihnya.

7. Dulang ketulan ais

Ia antara item popular bukan sahaja untuk membuat ketulan ais tetapi ia mempunyai banyak kegunaan lain seperti menyimpan makanan bayi atau mengeraskan mentega.

Lagipun harganya tak mahal sangat, berpatutan.

8. Bekas pemutar salad

Membuat salad mungkin nampak mudah namun sayur tidak boleh berair bagi mengelakkan ia cepat lembik.

Di sinilah gunanya bekas pemutar salad bagi membuang lebih air selepas ia dibasuh. Tidak hairan ia antara barang dapur terlaris.

9. Penyedut minuman besi

Semenjak banyak restoran tidak lagi menyediakan penyedut minuman, jualan penyedut minuman besi melonjak naik dan ia menjadi item laris dalam talian.

Bagi yang memperjuangkan aspek pemuliharaan alam sekitar, pastinya penyedut minuman besi ini menjadi pilihan utama.

10. Set utensil buluh

Sudah menjadi satu kemestian untuk memiliki set utensil yang diperbuat daripada buluh, ia kelihatan menarik untuk melengkapkan meja di musim perayaan atau ketika menyambut tetamu untuk sebarang majlis.

Jadi, tidak hairanlah ia juga antara item yang popular masa kini.

Sumber Eat This

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.