Jangan biarkan bakteria membiak dalam senyap!

Jangan biarkan bakteria membiak dalam senyap!

Kebersihan adalah aspek paling penting perlu dijaga, namun kadang kala cara sesetengah individu menjaga kebersihan adalah tidak tepat.

Ramai yang menginginkan kebersihan di dalam rumah pada tahap maksimum, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil.

Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyakit berjangkit dan kuman yang boleh terkena pada kanak-kanak tersebut.

Namun dalam kebersihan yang dijaga, ada sesetengah ibu bapa yang terlepas pandang bahawa cara yang digunakan itu sebenarnya tidak tepat.

Jadi ini antara perkara yang perlu diambil kira dalam membersihkan rumah :

1. Menyimpan berus gigi dalam keadaan bertutup

Mungkin anda merasakan menggunakan kaedah ini merupakan cara terbaik untuk menjadikan berus gigi anda sentiasa bersih.

Tetapi sebenarnya ia adalah cara yang salah kerana jika berus gigi berada dalam keadaan basah dan anda menyimpannya dalam tempat yang disediakan, pembiakan bakteria akan berlaku dengan lebih cepat.

2. Jangan simpan barang “make up” dalam bilik air

Kebiasannya ramai yang menyimpan barang “make up” dalam bilik air kerana memudahkan mereka untuk terus menggunakan barang solekan itu selepas mandi.

Namun anda perlu tahu bahawa barang “make up” yang disimpan di dalam bilik air turut akan memudahkan bakteria itu membiak.

Ini kerana bilik air merupakan kawasan yang lembap dan bakteria mudah untuk melekat di barang “make up” anda walaupun ia ditutup.

3. Tukar berus badan setiap 3 ke 4 minggu

Walaupun ia masih kelihatan baru dan boleh digunakan, anda perlu menukarnya pada setiap hujung bulan.

Ia bertujuan bagi memastikan kebersihan terpelihara dari badan anda.

Secara asas juga anda perlu tahu bahawa tekstur penyental yang digunakan itu adalah diperbuat daripada serat petola yang menjadi habitat bakteria membiak.

4. Sidai tuala, bukan sangkut

Cara sebetulnya anda perlu lakukan ialah perlu mencuci tuala sebaik sahaja 3 kali penggunaan.

Itu pun selepas anda sidai setelah menggunakannya, sebab tuala adalah tempat paling cepat bakteria membiak, kerana ia berada dalam keadaan yang lembap.

Maka sebab itu tuala adalah yang paling cepat bertahi lalat.

5. Ruang pengudaraan

Sebaik sahaja anda menggunakan bilik air, anda perlu membukanya dalam tempoh 15 ke 20 minit bagi mengurangkan kadar kelembapan dalam bilik air tersebut.

Jika anda mempunyai kipas di dalam bilik air, ia adalah lebih baik!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.