
Katanya, golongan itu sering bimbang akan gagal dalam menyaingi pasaran dengan usahawan lain di peringkat awal perniagaan.
“Kita sentiasa menggalakkan orang Melayu, terutama dalam kalangan B40 supaya lebih berani ke depan dan kreatif kerana banyak peluang dan ruang disediakan untuk membantu mereka memulakan perniagaan.
“Tapi, saya lihat hari ini yang datang lebih banyak hanya meminta wang, sedangkan banyak kaedah permulaan perniagaan yang diaturkan kementerian,” katanya pada Majlis Ihya Ramadan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) bersama PPBM Jasin di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam ini.
Turut hadir penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip.
Redzuan yang juga ahli Parlimen Alor Gajah berkata, selain tidak yakin dengan kemampuan diri, golongan B40 juga dilihat kurang mempunyai maklumat mengenai kaedah memulakan perniagaan.
Selain B40, katanya, anak muda juga perlu berani mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk membuka peluang kepada mereka melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited mencari ruang supaya golongan itu tidak terpinggir dan ketinggalan dari segi pendapatan, seiring sasaran menjadi negara usahawan 2020.