Capai kejayaan melalui pengajian keusahawanan

Capai kejayaan melalui pengajian keusahawanan

Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian) dalam Keusahawanan Pasukan Taylor’s University membentuk usahawan masa depan.

Wan Muhammad Wan Sa’adi (kanan) dan rakan pengasas Mysara Elysha di hadapan Nibbles Café di SS18, Subang Jaya.
PETALING JAYA:
Selepas menamatkan pengajian di Taylor’s University, Wan Muhammad Wan Sa’adi berjaya merealisasikan impiannya dengan membuka Nibbles Café di Subang Jaya.

Diinspirasikan oleh keunikan budaya Sarawak, Wan berhasrat menjadikan Nibbles Café sebagai ruang selamat untuk meluahkan pendapat, perasaan, dan idea secara terbuka.

Selain itu, Wan turut menanam cita-cita menjadikan kafe berkenaan sebagai platform yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelanggan.

Sebelum menubuhkan Nibbles Café, perjalanan Wan penuh dengan pembelajaran dan pengalaman berharga yang membentuknya berkembang sebagai usahawan berjaya.

Perjalanan keusahawanan Wan

Perjalanan Wan dalam dunia keusahawanan bermula dengan program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian) dalam Keusahawanan Pasukan di Taylor’s University.

Program ini banyak membantu dalam membentuk kemahiran keusahawanannya melalui pendekatan pembelajaran langsung diinspirasikan oleh model Finnish Team Academy.

Program ini dibina berdasarkan tiga elemen utama:

  1. Elemen perniagaan – Pelajar mencipta perniagaan sebenar.
  2. Elemen pasukan – Pelajar menguruskan syarikat secara berpasukan.
  3. Elemen individu – Fokus pada pembangunan kendiri.

Seawal semester pertama, pelajar terlibat secara aktif dalam proses berstruktur untuk membangunkan perniagaan dengan sokongan BizPod, inkubator startup Taylor’s University.

BizPod menyediakan sumber penting seperti kemudahan prototaip, sokongan pemasaran, dan strategi pengembangan perniagaan, membolehkan mereka melancarkan perniagaan sepenuhnya ketika masih menuntut di universiti.

Menggabungkan sokongan praktikal dengan pengalaman pembelajaran dunia sebenar, program ini membolehkan pelajar mempelajari cara menangani cabaran dalam perjalanan keusahawanan seperti dibuktikan Wan.

Wan (tiga kanan barisan belakang) bersama rakan sekelas selepas menghadiri sesi ceramah oleh usahawan Jerman yang dijemput institusi tersebut.

Menurut Wan, inisiatif bimbingan mentor-mentee antara elemen utama program ini. Pelajar mendapat tunjuk ajar daripada pakar industri melalui sesi berkala yang membincangkan trend pasaran, cabaran perniagaan, dan penyelesaian inovatif.

Selain itu, mereka juga berpeluang memperluaskan rangkaian profesional.

“Selain bimbingan mentor, saya mempelajari kemahiran penting seperti komunikasi, penyelesaian masalah, perancangan strategik, dan penilaian risiko yang amat berguna dalam mengharungi dunia perniagaan yang sentiasa berubah,” katanya.

Pengarah Program Dr Zalena Mohd turut berbangga dengan pencapaian pelajarnya yang berjaya membangunkan perniagaan sendiri.

Beliau berkongsi bahawa pelajar program ini menjana pulangan sehingga RM30,000 daripada satu projek yang membuktikan semangat daya saing dan kebolehan mereka dalam bidang keusahawanan.

Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian) dalam Keusahawanan Pasukan Taylor’s University Dr Zalena Mohd memainkan peranan penting dalam membimbing usahawan muda seperti Wan.

Cabaran usahawan muda

Bagi Wan, salah satu cabaran terbesar dihadapi adalah memastikan sistem logistik yang lancar dan berkesan, khususnya dalam aspek pengambilan pekerja baharu.

“Memastikan pekerja selari dengan nilai, visi, dan misi syarikat adalah penting untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Beliau percaya bahawa mental yang kuat adalah kunci untuk mengatasi cabaran. Bagi Wan, setiap cabaran adalah peluang pembelajaran dan motivasi untuk terus maju.

Wan (dua kanan) bersama Mysara (dua kiri) dan rakan niaga yang dikenali semasa di universiti.

Ambil langkah pertama menuju impian keusahawanan anda

Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian) dalam Keusahawanan Pasukan Taylor’s University direka untuk mempersiapkan bakal usahawan dengan kemahiran praktikal yang relevan selari dunia perniagaan sebenar. Kejayaan Wan adalah bukti kepada impak transformasi program ini.

Mohon sekarang untuk pengambilan pada Februari, April atau September.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Taylor’s University di sini.

Taylor’s University dibuka setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum. Daftar sekarang dan jadilah usahawan muda seterusnya untuk memberi impak kepada dunia keusahawanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.