Mick Jagger perlu jalani pembedahan ganti injap jantung

Mick Jagger perlu jalani pembedahan ganti injap jantung

Penyanyi utama Rolling Stones terpaksa tangguh konsert jelajah No Filter.

Kumpulan Rolling Stones terpaksa menangguhkan konsert jelajah di Amerika Utara berikutan penyanyi utama Mick Jagger akan menjalani pembedahan jantung minggu ini.

Laman web Drudge Report melaporkan penyanyi rock berusia 75 tahun itu perlu menggantikan injap jantung dan dijangka menjalani prosedur terbabit di New York, Jumaat ini.

Sabtu lalu, Rolling Stones mengeluarkan kenyataan menangguhkan konsert jelajah No Filter bagi membolehkan Jagger mendapatkan rawatan.

“Doktor mahu Mick sembuh sepenuhnya supaya dia boleh kembali membuat persembahan secepat mungkin,” katanya.

Jagger turut memuat naik status di Twitter meminta maaf kepada peminat di Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah membeli tiket konsert.

AFP melaporkan, Rolling Stones yang ditubuhkan pada 1962 akan membuat persembahan di 17 lokasi di Amerika Syarikat serta Kanada pada April dan Jun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.