Bekas Raja Permaisuri Agong mangkat

Bekas Raja Permaisuri Agong mangkat

Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad pernah menjadi Raja Permaisuri Agong dari 1984 hingga 1989.

Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, pada 5 Julai 1940. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Raja Permaisuri Agong, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.

Tengku Puan Zanariah ialah bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri ke-2 Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Bekas sultanah Johor itu yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, pada 5 Julai 1940 pernah menjadi Raja Permaisuri Agong dari 1984 hingga 1989.

“Jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (3 dari kiri) dan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kiri) memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhumah Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad. (Gambar Facebook)

“Jenazah Almarhumah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang,” tulis Sultan Ibrahim di Facebook hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.