
Tunku Najihah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Tunku Najihah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti hari ini selepas waktu Asar.
Beliau juga mengumumkan tempoh berkabung sempena kemangkatan Tunku Najihah selama satu hari bermula hari ini.
“Sepanjang tempoh berkabung semua bendera di Negeri Sembilan hendaklah dikibarkan separuh tiang.
“Semua masjid dan surau juga digalakkan mengadakan majlis bacaan tahlil serta doa untuk Almarhumah,” katanya dalam kenyataan itu.
Tunku Najihah adalah Raja Permaisuri Agong ke-10 dari 1994 hingga 1999.