Bonda Sultan Terengganu mangkat

Bonda Sultan Terengganu mangkat

Jenazah Almarhum Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah akan dimakamkan sekitar 4 petang ini.

Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam Khamis. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Bonda Sultan Terengganu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan media berkata jenazah Almarhum dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar 4 petang.

Menurut Sophian, Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

“Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.