Dapat ‘housemate’ pemalas? Mungkin cara sarkastik ini berkesan!

Dapat ‘housemate’ pemalas? Mungkin cara sarkastik ini berkesan!

Rakan serumah mempunyai pelbagai perangai namun sikap pemalas pasti ada pada salah seorang, ini cara untuk tanganinya

Semua orang ketika zaman bujang pasti pernah tinggal di rumah sewa bersama rakan tidak kira ketika belajar atau bekerja.

Jadi sudah pasti pelbagai karenah rakan serumah yang perlu setiap daripada kita hadapi.

Ada yang rajin, ada yang pemalas, ada yang tak kisah apa nak jadi dalam rumah dan ada yang terlalu ambil berat dengan keadaan sekeliling.

Inilah asam garam yang perlu ditempuhi semua yang bergelar bujang.

Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan pembawakan perangai atau sikap seseorang itu mencerminkan hasil didikan ibubapa mereka ketika kecil.

Dan inilah yang berlaku terhadap seorang pengguna Twitter apabila terpaksa berdepan dengan sikap dan perangai housemate yang ada kalanya memeningkan kepala.

Antara masalah utama yang dihadapai pastilah masalah sampah sarap yang tidak dibuang, pinggan mangkuk yang tidak dibasuh, suis elektrik yang tidak ditutup, kasut yang dibiarkan bersepah dan macam-macam lagi.

Apa yang dikongsi Ridhuan Syakir ini menarik perhatian dan mungkin anda boleh cubanya di rumah sewa.

Apa yang lebih menariknya, hasil tindakan pemuda ini nampak gayanya berkesan.

Mungkin sesiapa yang masih duduk menyewa bersama rakan-rakan boleh gunakan tips ini.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.