Penganggur didakwa bunuh rakan serumah

Penganggur didakwa bunuh rakan serumah

Faisal Abdul Aziz didakwa membunuh Fakhrullah Pauzihal Ali selepas bertengkar di sebuah rumah di Sungai Buloh pada 25 Jun.

shah alam court
Faisal Abdul Aziz didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membunuh rakan serumahnya Fakhrullah Pauzihal Ali di sebuah rumah di Sungai Buloh, 25 Jun lalu.
PETALING JAYA:
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membunuh rakan serumahnya dalam satu pertengkaran di sebuah rumah di Sungai Buloh pada 25 Jun lalu.

Faisal Abdul Aziz, 41, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Redza Azhar Reza, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Faisal didakwa membunuh Fakhrullah Pauzihal Ali, 33, di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah, Sungai Pelong di Sungai Buloh pada jam 11.26 malam, 25 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan sekiranya tidak dihukum gantung, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliaanisa Khairus Masnan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Okt untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia dan patologi.

Media pada 27 Jun melaporkan, seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam hingga mati rakannya sendiri di sebuah rumah di Sungai Buloh.

Kejadian dipercayai berlaku akibat pertengkaran antara kedua-dua lelaki tersebut kerana bilik bersepah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.