Lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumah

Lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumah

Mangsa berusia 33 ditemukan maut dengan kesan tikaman di dada kiri.

garisan polis
Ketua Polis Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.26 malam.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumahnya susulan pergaduhan di Sungai Pelong, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.26 malam.

Mangsa berusia 33 tahun ditemukan terbaring dengan kesan tikaman di dada kiri di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, tambahnya.

Kematian mangsa disahkan petugas ambulans dari Hospital Sungai Buloh.

“Rakan serumah mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun kini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian,” kata Mohd Hafiz, lapor Bernama.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline Balai Polis Sungai Pelong di 03-6038 3322 atau Nurnazihah Norzilan 011-11499008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.