
Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata mangsa yang parah akibat kesan tikaman di dada, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, mangsa berusia 42 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 3 pagi ketika menerima rawatan.
Menurutnya, polis menahan empat lelaki, termasuk tiga warga asing berusia 38 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan.
“Semua suspek ditahan kira-kira 7.30 malam hari sama bagi membantu siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Ashari berkata, seorang suspek yang juga warga Myanmar mengaku menikam mangsa.
“Suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah mangsa mabuk dan membuat kacau hingga mengganggu penghuni lain yang sedang tidur.”
Katanya, polis menemui pisau digunakan suspek ketika memeriksa rumah kongsi itu dan turut mengambil empat sampel darah di lokasi untuk dianalisis.
Beliau berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.