Garis kemiskinan di Malaysia sepatutnya 3 kali ganda, kata pakar

Garis kemiskinan di Malaysia sepatutnya 3 kali ganda, kata pakar

Martin Ravallion menggesa lebih akses kepada data diberi kepada penyelidik bebas untuk mengukur dasar kerajaan dan merancang usaha memerangi kemiskinan.

Ikut ukuran negara, hanya 0.4% rakyat hidup di bawah garis kemiskinan (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pakar ekonomi menggesa lebih akses kepada data diberi untuk penyelidik bebas di bidang kemiskinan dan ketidaksamarataan.

Ini kerana ia penting bagi mereka mengukur dasar kerajaan dan merancang usaha memerangi kemiskinan.

Pakar ekonomi dan kemiskinan antarabangsa, Martin Ravallion juga mencadangkan garis kemiskinan sepatutnya 3 kali ganda daripada paras sekarang, berdasarkan pertumbuhan pesat ekonomi negara.

Katanya, para penyelidik hanya mampu mengukur tahap kemiskinan sebenar di Malaysia menggunakan data mikro kajian isi rumah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang pada masa ini tidak dibuka kepada umum.

“Hampir seluruh kajian oleh DOSM tidak disediakan kepada umum dalam bentuk yang sesuai untuk penyelidik,” katanya.

Ravallion, pengerusi pelawat Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz di Universiti Malaya berkata, akses kepada data mikri akan mengalakkan lebih banyak kajian dan mengesahkan angka-angka DOSM.

Data mikro merujuk kepada respons kajian oleh individu. Sebagai contoh, bancian negara mungkin mengumpulkan umur, alamat kediaman, pendidikan, pekerjaan dan pembolehubah lain, yang direkodkan secara berasingan untuk setiap orang yang respons.

“Kita boleh guna ini untuk memahami punca sebenar kemiskinan dan ketidaksamarataan dan menyusun maklumat itu. Semua persoalan penting yang penyelidik ada mengenai Malaysia – tentang ketidaksamarataan antara etnik dan juga ketidaksamarataan dalam kalangan etnik itu sendiri – boleh diuruskan dengan adanya data demikian,” katanya.

Bagaimanapun, menggunakan data mikro adalah rumit dan penyelidik tempatan mungkin perlukan latihan tambahan bagi membuat analisa.

Ravallion juga berkata, ketelusan data di Malaysia bawah standard yang diharapkan bagi sesebuah negara maju.

Menggunakan Indonesia sebagai perbandingan, beliau berkata, DOSM menyediakan data mikro bagi tujuan penyelidikan sejak 40 tahun lalu.

“DOSM telah lakukan kerja yang sangat baik. Ia bergerak ke arah yang betul, cuma ia perlu bergerak lebih jauh lagi,” katanya.

Katanya, mengukur kadar kemiskinan berdasarkan pendapatan isi rumah, yang biasa dilakukan di Malasia, adalah pelik.

Di perigkat antarabangsa, katanya, pendapatan biasanya dibahagikan dengan jumlah orang atau bersamaan dengan seorang dewasa.

Garis kemiskinan di Malaysia – RM6 ke RM7 setiap orang bagi setiap hari – masih belum dibentangkan secara rasmi untuk menepati standard semasa antarabangsa, iaitu kira-kira AS$12 atau RM49.30.

“Berdasarkan kepada ukuran sekarang, cuma 0.4% rakyat hidup bawah garisam kemiskinan, tapi ini mungkin kesilapan dalam ukuran data,” katanya, dan menambah kesilapan begitu perkara biasa.

Katanya, garis kemiskinan yang rendah di Malaysia juga menunjukkan tiada kemiskinan dalam negara ini.

Dengan itu, pertubuhan sosial dan kementerian berkaitan memperuntukkan bantuan dan merancang dasar dengan tumpuan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 terendah atau B40.

Bagaimanapun, katanya, program yang disasarkan kepada B40 mungkin tidak sampai kepada rakyat termiskin.

Menurut Ravallion, kemiskinan dapat dikurangkan dengan menaikkan aras terendah, iaitu tahap minimum pengunaan makanan, perlindungan dan lain-lain keperluan oleh individu paling miskin.

Di Malaysia, aras terendah itu menaik sejak Merdeka tetapi tidak setinggi yang sepatutnya.

Katanya, dasar tertentu, terutama berkaitan dengan pendidikan dan penjagaan kesihatan asas terlaksana tetapi boleh diperbaiki.

“Perkara penting seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan asas ada, tapi Malaysia boleh lakukan lebih daripada itu dan tingkatkan perlindungan sosial untuk memastikan rakyat miskin tidak ketinggalan,” katanya.

Dalam konteks dunia, katanya, dari segi kemiskinan, prestasi Malaysia tidaklah buruk sangat.

“Setiap negara perlu menambah usaha untuk menaikkan aras terendah. Di Amerika Syarikat, aras terendah menunjukkan trend menurun sejak 1960-an,” katanya.

Katanya, dasar tindakan afirmatif dalam Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada 1971 tidak banyak membantu mengurangkan kadar kemiskinan.

“Apa yang dilakukannya adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ketikdaksamarataan antara etnik dan juga dalam kalangan kumpulan etnik tertentu,” katanya.

Beliau menambah banyak manfaatnya dirasai oleh kumpulan-kumpulan Bumiputera yang tidak miskin.

Bagaimanapun, dasar-dasar begitu tidak lagi relevan seperti dulu.

“Malaysia perlu tinggalkan dialog seperti itu. Dasar memerangi kemiskinan perlu buta warna dan buta etnik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.