Anak Maria Chin cedera diserang penyamun ketika berjoging

Anak Maria Chin cedera diserang penyamun ketika berjoging

Difahamkan, Azumin Yunus ditikam seorang lelaki ketika berjoging di Taman Bukit Mayang Emas, petang tadi.

PETALING JAYA:
Anak sulung bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sedang pulih daripada kecederaan selepas diserang penyamun di sebuah taman hari ini.

Difahamkan, Azumin Yunus ditikam seorang lelaki di Taman Bukit Mayang Emas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian itu dan laporan polis dibuat 8.35 malam tadi.

Chin ketika dihubungi FMT berkata, ketika kejadian, Azumin sedang berjoging di taman itu.

“Lelaki itu datang dari belakang dan mengelar tangan dan menikamnya,” katanya kepada FMT sambil menambah tiada barang anaknya yang hilang.

Katanya, suspek melarikan diri selepas ternampak sebuah motosikal.

“Jika bukan kerana penunggang motosikal itu, saya tidak tahu apa akan berlaku kepada anak saya.”

Azumin sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan akan menjalani pembedahan malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.