3 penyamun ditembak mati, 1 polis parah ditetak

3 penyamun ditembak mati, 1 polis parah ditetak

Kumpulan jenayah itu dipercayai terlibat 20 kes pecah rumah dan bangunan sejak 2024.

Dzulkhairi Mukhtar
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata tiga penjenayah itu maut ditembak dengan seorang anggota parah di tangan kiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tiga penyamun mati ditembak, manakala seorang polis ditetak dalam kejadian berdekatan ladang sawit, di Durian Tunggal, Melaka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata tiga suspek itu ditembak selepas menetak seorang anggota yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

Beliau berkata, Geng DT itu dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah, kilang dan kedai makan sejak 2024 dengan anggaran kerugian RM1.3 juta.

“Seorang anggota polis cedera serius akibat ditetak pada tangan kiri yang mana ia hampir meragut nyawanya.

“Polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, menyebabkan tiga suspek mati di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media di IPK Melaka.

Katanya, suspek bersenjatakan parang panjang terdiri dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun.

“Suspek dipercayai menggunakan modus operandi bergerak secara berjalan kaki sambil membawa senjata untuk menyamun premis sasaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.