Isteri maut ditikam suami di Kelantan

Isteri maut ditikam suami di Kelantan

Mangsa berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan.

garisan kuning
Seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan polis kerana disyaki menikam isterinya hingga mati dalam satu kejadian di Gual Ipoh di Tanah Merah, Kelantan pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam suaminya menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di kediaman mereka di Gual Ipoh di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan, lapor Sinar Harian.

Suami mangsa yang berusia 63 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira 1 petang tadi.

Mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata punca kejadian masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.