
Beliau berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya.
“Dalam tempoh seminggu ini, berkemungkinan semua program ditunda bagi memberikan ruang untuk Tok Pa (Mustapa) berehat.
“Sepatutnya hari ini Tok Pa menghadiri majlis solat sunat hajat sempena pembukaan pusat khidmat ahli Parlimen Jeli PPBM Bahagian Jeli,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Ketua PPBM Bahagian Jeli, Dr Aminuddin Yaacob.
Beliau berkata, pembedahan itu dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Kami turut melakukan solat sunat hajat bagi memohon urusan pembedahan Tok Pa dipermudahkan,” katanya.
Mustapa, yang juga Adun Ayer Lanas dalam Parlimen Jeli, sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila keluar daripada Umno dan menyertai PPBM pada 26 Oktober lalu.