
Pada asalnya, kilang kayu dibina di kawasan itu pada 1952 untuk menempatkan 117 pekerja, ia ditutup sejak sedekad lalu, selepas beberapa tahun dijadikan kawasan rekreasi taman rimba, menurut agensi berita Xinhua.
Dilengkapi 20 rumah, gelanggang tenis dan bola tampar, bengkel serta pelbagai kemudahan lain seperti tempat memancing, mereka yang ingin memilikinya boleh membeli pada harga A$1 juta (AS$720,000).
Ejen hartanah, Colin Wallbank memberitahu 9News pada Jumaat, walaupun lokasi Tone River agak terpencil, kira-kira 335km di selatan Perth, peluang itu tidak patut dilepaskan.
Beliau menjual hartanah itu bagi pihak kerajaan Australia Barat.
“Kawasan itu membuatkan anda merasai seperti kembali ke masa lampau, kehidupan yang tenang dan kurang masalah.”