Jangan ‘melebih-lebih’ dalam memikat wanita

Jangan ‘melebih-lebih’ dalam memikat wanita

Dalam usaha memikat kaum Hawa, golongan lelaki sering mahu menunjukkan yang terbaik sahaja, tetapi apabila dilakukan secara berlebihan, usaha anda mungkin akan gagal.

Memikat gender lawan memerlukan pelbagai usaha. Walaupun begitu, berusaha secara berlebihan juga boleh mengurangkan daya tarikan lelaki pada pandangan wanita.

Berikut adalah beberapa pendekatan yang digunakan oleh kaum Adam, tetapi secara berlebihan sehingga rancangan untuk memikat hati tidak berjaya, membenci itu mungkin ada!

1. Banyak bercakap mengenai kehebatan diri sendiri

Walaupun anda mempunyai sedozen prestasi yang membanggakan, tetapi biasakan diri untuk mendengar pendapat orang lain. Sebenarnya dalam hal menarik perhatian, kita tidak perlu memberitahu semua orang mengenai semua kelebihan sendiri. Sikap rendah hati menjadi asas yang kerap diabaikan oleh lelaki mahupun wanita pada zaman ini. Janganlah sampai anda menjadi seorang narsist yang menganggap diri sendiri sebagai paling hebat. Ia bukan hanya menjadikan anda seorang yang bersikap tinggi diri malah akan dibenci orang sekeliling.

2. Membina otot tubuh secara berlebihan

Mungkin dalam pelbagai aspek, memiliki otot besar menjadikan seseorang lelaki kelihatan hebat, maskulin dan kuat. Tetapi bukan secara berlebihan. Ini kerana, otot yang terlalu besar membuatkan lelaki kelihatan pelik di mata wanita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan kita sukar mencari pakaian yang sesuai. Pastikan otot anda dalam ukuran yang tepat dengan tubuh badan dan personaliti anda. Samalah dengan penampilan terlalu kurus kering bagi wanita.

3. Sering mengeluh

Asyik mengeluh dan mengadu mengenai kehidupan bukanlah satu strategi yang baik dalam menawan pasangan anda. Malah sikap itu sama sekali tidak akan menjadikan anda seorang yang positif. Kalau ada sebarang aduan sekalipun, jangan dikomen secara berlebihan sehingga menunjukkan seolah hidup ini tidak adil bagi anda. Perbuatan mengeluh boleh menyebabkan orang sekitar anda rasa tidak selesa dan melihat diri kita sebagai seorang ‘looser’.

4. Terlalu berkira soal wang atau kedekut

Baru berkenalan beberapa hari, anda sudah terlalu berkira mengenai wang yang dibelanjakan sewaktu bersama. Ini benar-benar boleh menjengkelkan pasangan anda. Walaupun anda seorang yang berjimat cermat, elakkan sikap terlalu berkira-kira. Bila tiba masa serius dalam perhubungan, bercakap secara professional mengenai rancangan kewangan anda.

5. Terlalu mempedulikan penampilan

Dalam era media sosial, bukan sahaja wanita, malah lelaki juga perlu tampil menarik. Pun begitu, satu kajian sosial menunjukkan, kebanyakan wanita tidak menyukai lelaki yang terlalu mementingkan penampilan fizikal. Wanita dikatakan lebih terpikat dengan lelaki yang berwawasan luas dan mempunyai humor tinggi. Penampilan gaya sederhana sudah mencukupi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.