Lelaki ditahan berkait wanita ditemui mati depan sekolah

Lelaki ditahan berkait wanita ditemui mati depan sekolah

Suspek yang juga penganggur berusia 46 tahun akan direman hari ini.

garisan polis dilarang melintas
Mangsa berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditemui mati di depan sebuah sekolah di Sentul.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh wanita yang ditemui terbaring dengan pendarahan di kepala di depan sebuah sekolah di Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Suspek yang juga penganggur berusia 46 tahun akan direman hari ini.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata terdahulu pihakya menerima maklumat pada 7.20 pagi semalam memaklumkan penemuan mangsa yang sudah meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Katanya, gelandangan yang masih belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu ditemui dengan kesan luka di bahagian kepala dan bengkak di kelopak mata.

“Susulan penemuan itu seorang lelaki ditahan pada hari sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.