Ringgit merosot berikutan pengukuhan dolar AS

Ringgit merosot berikutan pengukuhan dolar AS

Minat pelabur terhadap dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini.

Pengukuhan dolar AS mengekang permintaan terhadap mata wang negara membangun dan pasaran baru muncul termasuk ringgit.
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini disebabkan oleh kekukuhan mata wang berkenaan, demikian menurut seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1430/1460 berbanding 4.1380/1420 yang drekodkan pada 6 petang semalam.

Menurut peniaga berkenaan, minat pelabur terhadap dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini, justeru mengekang permintaan terhadap mata wang negara membangun dan pasaran baru muncul termasuk ringgit.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0283/0316 daripada 3.0315/0349 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6505/6542 daripada 3.6697/6743.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 4.8229/8276 daripada 4.8427/8495 semalam dan meningkat berbanding pound British kepada 5.4182/4230 daripada 5.4315/4380.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.