DAP tak layak nasihat rakyat bila pemimpin terpalit rasuah, kata PAS

DAP tak layak nasihat rakyat bila pemimpin terpalit rasuah, kata PAS

Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi berkata pemimpin tertinggi DAP sudah terpalit isu rasuah walaupun baru 2 penggal memerintah.

Free Malaysia Today
Datuk Che Abdullah Mat Nawi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PAS Kelantan mengingatkan DAP tidak layak menasihatkan rakyat Kelantan memilih kerajaan yang telus dan bersih ketika pemimpin tertinggi parti itu sendiri terpalit isu rasuah.

Setiausaha Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengatakan DAP sedang mengembangkan sayap di negeri itu dengan pembukaan beberapa cawangan baru.

“Mana ada satu negeri di Malaysia yang bersih dan tidak korup jika nak dibandingkan dengan Kelantan,” katanya.

“Pemimpin DAP sendiri perlu ingat kerajaan negeri mereka baru 2 penggal lebih itupun sudah terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap pemimpin DAP belum dibuktikan tetapi ia melibatkan pemimpin peringkat tertinggi parti itu.

Terdahulu, penyelaras DAP Kelantan, Mohd Fauzi Mohd Azmin berkata DAP semakin mendapat tempat dengan keahlain mencecah 1,500 setakat ini, melihbatkan 20 cawangan di Kota Bharu, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Gua Musang.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyasarkan Kelantan untuk dimenangi pada pilihan raya umum akan datang dengan menarik seberapa ramai orang Melayu untuk bersama parti itu.

Che Abdullah berkata DAP boleh melakukannya hanya dengan “pengkhianatan” pemimpin Melayu-Islam di Kelantan.

“Sepertimana pemimpin DAP sebelum ini mengisytiharkan menteri besar Kelantan sebelum PRU14, gerakan daripada pemimpin-pemimpin itulah yang memberi ruang kepada DAP,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata memang sudah tiba masanya mereka berdepan PAS di Kelantan.

“Kalau ikut ramalan DAP, PAS sudah kalah di negeri ini dan tidak akan menang walaupun 1 kerusi,” katanya.

“Namun sebaliknya berlaku apabila realitinya PAS bukan saja dapat menambah kemenangan di Kelantan, bahkan berjaya menawan Terengganu.”

Rakyat Kelantan mula tunjuk minat kepada DAP

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.