
Beliau berkata, mesyuarat mengenai calon pengerusi PN baharu akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.
“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini.
Beliau berkata, PAS mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat, namun Ahli Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.
Ditanya kemungkinan beliau menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.