Hilang sebelah payudara, suri rumah saman doktor dan kerajaan

Hilang sebelah payudara, suri rumah saman doktor dan kerajaan

Pertemahwadi menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi luka di dadanya terbuka, dijangkiti kuman dan terpaksa dibuang.

Lawyer Arunan Selvaraj, for housewife Pertemahwadi Isac, speaking to reporters at the KL High Court here after filing RM20million lawsuit against a doctor and government over medical negligence that cause Pertemahwadi to lost her left breast
Lawyer Arunan Selvaraj, for housewife Pertemahwadi Isac, speaking to reporters at the KL High Court here after filing RM20million lawsuit against a doctor and government over medical negligence that cause Pertemahwadi to lost her left breast
KUALA LUMPUR:
Seorang suri rumah menyaman pakar jantung dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan kecuaian perubatan yang menyebabkan beliau kehilangan satu daripada payudaranya.

Dalam saman yang difailkan hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Pertemahwadi Isac, 56, mendakwa doktor, Dr Abdul Muiz Jasid, tidak memberi perhatian kepada komplikasi perubatan disebabkan luka pembedahan terbuka di payudara kirinya.

Beliau menjalani pembedahan pintasan di Hospital Serdang pada 16 Februari 2016 dan dibenarkan keluar dari hospital 7 hari kemudian.

Bagaimanapun, selepas pembedahan, Pertemahwadi mengadu kepada Muiz yang luka di dada beliau mula terbuka.

“Doktor memberitahu saya bukaan jahitan itu normal keranamenampung berat payudara saya,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pakar jantung itu lalai melaksanakan tugas walaupun luka sudah terbuka.

Beliau menambah, Muiz tidak memberikan apa-apa sokongan atau nasihat kepadanya bagaimana mengurangkan bukaan luka.

Beliau juga tidak diberi apa-apa antibiotik untuk merawat luka.

Pertemahwadi berkata beliau kemudiannya menjalani terapivacuum-assisted closure, seperti yang dinasihati Muiz, selepasbeliau mencari rawatan di sebuah klinik kerajaan.

Akibatnya, jangkitan merebak ke seluruh payudara kirinya.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain membuang keseluruhan payudara saya,” katanya sambil menambah beliau mengalami tekanan emosi selepas kehilangan satu payudara.

Dalam penyataan tuntutannya, Pertemahwadi memohon RM20 juta sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta RM223,487.60 ganti rugi khas.

Beliau menamakan Muiz dan kerajaan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.

Peguam Pertemahwadi, Arunan Selvaraj berkata mereka menulis kepada Hospital Serdang sebanyak 3 kali, memohon penjelasan mengenai apa yang berlaku semasa pembedahan pintasan itu.

“Mereka (Hospital Serdang) tidak bertindak balas kepada kami sama sekali,” katanya pada sidang media selepas memfailkan tuntutan mahkamah.

Pertemahwadi tidak hadir pada sidang akhbar hari ini.

Arunan juga berkata pihak hospital kemudiannya memanggil suri rumah itu untuk memberi penerangan ringkas mengenai insidenitu.

“Anak guam saya diarah menandatangani surat, berjanji supaya beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital,” katanya.

Arunan berkata Pertemahwadi enggan menandatangani surat itu.

“Kami tidak mempunyai pilihan tetapi datang ke mahkamah untuk mencari keadilan,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.