
“Kebimbangan utama saya, yang ingin saya sampaikan pada sidang media itu, meminta kerajaan mempertingkatkan langkah membenduk penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama,” kata Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebimbangan itu menyambut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Julai tahun lepas.
Zahid dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa agama akan memantau semua institusi keagamaan bagi memastikan tiada aktiviti pengganas IS diserap masuk.
Dalam sidang media semalam, Dominic menyeru semua pihak supaya menyokong dan berusaha ke arah meningkatkan sekularisme dalam politik, pendidikan dan tadbir urus.
Dalam membuat seruan itu, Dominic menegaskan secara mutlak bahawa beliau menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan hak kumpulan anutan untuk mewujudkan dan menjaga institusi pendidikan agama untuk anak-anak mereka, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan.
“Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini.”