
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, 2 mangsa cedera terbabit sedang menerima rawatan di hospital berdekatan dan keadaan mereka dilaporkan selamat.
Kedua-dua mangsa itu adalah sebahagian daripada 20 pelancong Malaysia yang sedang melawat Karak Castle ketika serangan berlaku dan berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Jordan.
Baki 18 pelancong Malaysia sedang diberi perlindungan serta bantuan oleh pihak berkuasa negara itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Amman mengingatkan semua rakyat Malaysia, khasnya pelajar di Universiti Mu’tah berhampiran Bandar Karak supaya mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan kedutaan itu.
AFP melaporkan pasukan keselamatan Jordan menembak mati 4 pengganas dalam kejadian tembak-menembak di Karak Castle yang meragut 10 nyawa.
Seorang pelancong wanita Canada, 2 warga tempatan dan 7 anggota polis terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera.
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dan sejumlah bahan letupan.
Bandar Karak terletak 132km ke selatan ibu kota Amman.