Palestin kutuk serangan di Sydney

Palestin kutuk serangan di Sydney

Selain mengutuk pembunuhan berterusan Israel di Gaza dan Tebing Barat, Negara Palestin menolak semua bentuk ekstremisme.

Bondi Hanukkah
Negara Palestin menegaskan pendirian menolak semua bentuk keganasan, termasuk pembunuhan orang awam. (Gambar EPA Images)
RAMALLAH:
Negara Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di bandar raya Sydney, Australia, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan sejumlah mangsa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam kenyataan dikeluarkan Ahad malam, Negara Palestin menegaskan pendirian menolak semua bentuk ekstremisme dan keganasan, termasuk pembunuhan orang awam.

Ia juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Australia serta mendoakan mereka yang cedera supaya segera pulih.

Negara Palestin turut mengutuk pembunuhan berterusan Israel terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.