
“Di negeri yang kita (Barisan Nasional) tadbir, seperti Perlis, Kedah, Perak, Johor, Sabah, Sarawak, kita tak perlu ini, cukuplah,” katanya kepada FMT mengulas usul yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat kali kedua di Dewan Rakyat semalam.
Antara lain, ia bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355, membenarkan pesalah dihukum sehingga 30 tahun penjara, RM100,000 denda atau 100 kali sebatan.
Akta sedia ada menghadkan hukuman maksima kepada 3 tahun penjara, denda RM5,000 atau 6 kali sebatan.
Nazri berkata walaupun Umno merasakan pindaan itu tidak perlu, tidak salah membenarkan mana-mana pihak mengemukakan cadangan tersebut dengan mengemukakan alasan.
“Kami selesa, tetapi PAS di Kelantan tetap berdegil. Ia mahu meningkatkan (hukuman). Mereka sudah pun meluluskan enakmen.
“Saya hanya boleh merumuskan, barangkali di Kelantan, hukuman yang sedia ada tidak memadai. Katalah orang yang minum (arak) kena 6 sebatan, ia masih tidak menahan orang Islam daripada minum. Mungkin nak 100 sebat baru takut, berhenti,” katanya kepada FMT.
Nazri berkata, beliau mahu mendengar alasan PAS di sebalik ketegasannya mahu meningkatkan hukuman pesalah syariah.
Menurutnya, mungkin di Kelantan hukuman yang sedia ada masih tidak menghalang orang Islam di negeri itu daripada melakukan kesalahan syariah.
“Saya nak tahu. Saya tidak tahu mengapa mereka mahu meningkatkan (hukuman),” katanya.
“Satu saja rumusan yang boleh saya buat ialah, kalau mahu tingkatkan hukuman, maknanya hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk menggerunkan umat Islam di sana.
“Penjara 3 tahun, mungkin orang di Kelantan tak takut, mungkin nak 30 tahun, saya tidak tahu.
“Hanya mereka tahu. Jadi kami perlu dengar mereka.