
Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun DAP Pasir Pinji, Howard Lee.
Turut dibebaskan ialah Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais; pereka grafik, Fahmi Reza dan seorang aktivis pelajar, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali.
Tian Chua melalui Twitternya memaklumkan pembebasannya kepada penyokong: “Keluar dari Balai Polis Dang Wangi.”
Catatan itu disertakan sekeping gambar beliau bersama 5 yang lain.
Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang turut ditahan kelmarin kerana menyertai perhimpunan balas gerakan Baju Merah, turut dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Dalam mesej yang tersebar melalui WhatsApp, Armand memaklumkan beliau dibebaskan pada jam 12.15 tengah hari tadi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada peguamnya, Suzana dan individu lain yang bersamanya dari mula sehingga pembebasannya dari lokap hari ini.
“Saya rela dipenjarakan, tetapi saya tak rela perjuangan saya dipenjarakan.”