6 dibebas, siasatan kes pikul peti besi diteruskan

6 dibebas, siasatan kes pikul peti besi diteruskan

Terdahulu, seorang usahawan dakwa kerugian hampir RM3 juta selepas tiga perompak pecah masuk rumahnya dan larikan sebuah peti besi hampir 100kg berisi emas dan wang tunai.

Ketua Polis Ampang Jaya Khairul Anuar Khalid fb pic 7226
Ketua Polis Ampang Jaya Khairul Anuar Khalid berkata siasatan menyeluruh diteruskan, termasuk memeriksa semua rakaman CCTV di sekitar kawasan kejadian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis membebaskan seorang wanita warga asing dan lima lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga lelaki memikul objek disyaki peti besi di Taman Hillview, Hulu Kelang.

Ia selepas hasil siasatan mendapati semua individu itu tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata siasatan menyeluruh masih diteruskan, termasuk memeriksa semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.

“Kes masih dalam siasatan (mengenal pasti suspek) dan semua CCTV di sekitar kediaman mangsa telah dibuat pemeriksaan,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, polis dilaporkan berkata, seorang wanita membuat laporan pada 26 Dis lalu selepas menyedari kejadian itu ketika ke rumah majikannya di Taman Hillview bagi mengecas bateri kenderaan elektrik milik majikan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang usahawan kerugian hampir RM3 juta selepas tiga lelaki memecah masuk rumahnya dan melarikan peti besi seberat hampir 100 kilogram berisi emas dan wang tunai di Taman Hillview, Hulu Klang.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 23 Dis tahun lalu ketika mangsa dan isterinya pulang ke kampung di Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.