
“Pertambahan pengagihan kuota COSS tanpa disokong data peningkatan keperluan pengguna akan menyebabkan lebihan bekalan minyak masak di pasaran dan sekaligus menyumbang kepada pembaziran pembiayaan subsidi kerajaan,” kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Kelemahan lain ialah 5 daripada 16 syarikat atau 31.3% yang diluluskan kuota melebihi 500 tan metrik sebulan mempunyai modal berbayar lebih rendah berbanding had modal berbayar ditetapkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
“Satu (20%) daripada 5 syarikat berkenaan tidak layak dipertimbangkan untuk pengagihan kuota COSS dari aspek kedudukan modal berbayar,” dedah laporan itu.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan minyak masak akan dijual mengikut harga pasaran, berkuat kuasa 1 November lalu.
Bagaimanapun, bagi memastikan golongan sasar dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan minyak masak 1kg dalam paket plastik pada harga RM2.50.
Menurut laporan audit itu, kelemahan lain ialah formula pengiraan kuota COSS sebanyak 2.5kg per kapita sebulan adalah tinggi dan tidak disokong kajian keperluan sebenar rakyat Malaysia, selain 7 pemegang kuota dibenarkan melantik pihak ketiga melaksanakan pembungkusan minyak masak yang bertentangan Piawaian Prosedur Operasi COSS.
“Kuota bungkus sementara diberikan kepada 10 kilang penapis dan 8 syarikat pembungkus tanpa mematuhi justifikasi ditetapkan dalam Piawaian Prosedur Operasi COSS dan berlarutan 9 hingga 12 bulan.
“Kelulusan pengagihan kuota bungkus sementara setakat April 2016 menyebabkan lebihan kepada had maksimum kuota COSS antara 64 hingga 464 tan metrik sebulan dan memberi implikasi pertambahan perbelanjaan subsidi kerajaan dianggarkan berjumlah RM2.92 juta,” katanya.
PAUTAN: