50 tahun jadi pilihan di dapur, Red Eagle tampil dengan wajah baharu

50 tahun jadi pilihan di dapur, Red Eagle tampil dengan wajah baharu

Produk ikonik itu jalani peningkatan menyeluruh daripada pemilihan bahan mentah, proses pengeluaran hingga ke reka bentuk pembungkusan.

Bermula daripada minyak masak asas hingga rangkaian produk masakan yang lengkap, Red Eagle telah menjadi pilihan yang dipercayai di dapur rakyat Malaysia selama hampir lima dekad.
PETALING JAYA:
Selepas 50 tahun menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, barangan keperluan harian popular, Red Eagle membuat penjenamaan semula rangkaian produk ikoniknya yang tampil dengan wajah yang lebih moden dan segar.

Dengan slogan ‘Janji Teras, Tempaan Emas’ sebagai teras utama, inisiatif ini merangkumi peningkatan menyeluruh daripada pemilihan bahan mentah, proses pengeluaran hingga ke reka bentuk pembungkusan.

Sejak 1976, Red Eagle kekal sebagai jenama utama Yee Lee Corporation. Bermula daripada minyak masak asas hingga rangkaian produk masakan yang lengkap, Red Eagle telah menjadi pilihan yang dipercayai di dapur rakyat Malaysia selama hampir lima dekad.

Bermula dengan minyak masak, Red Eagle kini berkembang kepada pelbagai produk lain — evolusi yang membuktikan komitmen jenama ini terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan, didorong oleh semangat penambahbaikan berterusan sejak hari pertama.

Majlis pelancaran penjenamaan semula produk itu di AEON Mall Metro Prima Kepong pada Jumaat menghimpunkan tokoh-tokoh utama Kumpulan Yee Lee, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Lim Ee Young Pengarah Eksekutif Lim Kim Kow, Ketua YL Brands Dominic Poh, serta Pengurus besar Yee Lee Trading Co, Patrick Ee.

Red Eagle membuat penjenamaan semula rangkaian produk ikoniknya yang tampil dengan wajah yang lebih moden dan segar.

Poh berkata inisiatif itu bukan sahaja sebagai penghormatan kepada perjalanan hampir lima dekad Red Eagle, tetapi juga sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan berterusan para pengguna.

“Perjalanan luar biasa Red Eagle tidak mungkin berlaku tanpa sokongan kukuh pengguna setia kami. Kepercayaan yang diwariskan dari generasi ke generasi inilah yang menjadikan Red Eagle sebuah jenama kesayangan seluruh negara,” katanya.

Dengan imej baharu yang lebih segar dan melambangkan kebanggaan warisan jenama ini, Red Eagle bergerak maju dengan komitmen kualiti yang diperbaharui, satu janji yang disesuaikan untuk Malaysia hari ini dan masa depan.

Katanya, melalui penjenamaan semula ini, Red Eagle bukan sahaja memperkukuh kehadirannya dalam pasaran, malah memperdalam peranannya dalam kehidupan keluarga moden serta mengeratkan hubungan emosi dengan pengguna Malaysia.

“Dalam beberapa dekad ini, Red Eagle berkembang jauh melangkaui misi asalnya dari segi skala, kepelbagaian produk dan capaian pasaran.

“Hari ini, kita memerlukan jenama yang bukan sahaja seiring dengan evolusi zaman, tetapi membawa makna dan bersedia meneroka ruang baharu serta berhubung dengan lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia,” kata Poh.

Poh berkata, penjenamaan semula ini bukan sekadar reka bentuk baharu atau kempen pemasaran, ia adalah gerakan berasaskan penghargaan, kesinambungan dan aspirasi bersama.

“Apabila rakyat Malaysia melangkah mengejar peluang baharu, kami di Red Eagle turut melangkah bersama mereka.

“Ketika keluarga menghidupkan semula tradisi dan nilai, jenama ini memperbaharui komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan,” katanya.

Bermula dengan minyak masak, Red Eagle kini berkembang kepada pelbagai produk lain — evolusi yang membuktikan komitmen jenama ini terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan.

Red Eagle ‘Ong-The-Go Truck’

Sempena pelancaran penjenamaan semula ini, Red Eagle akan mengadakan siri promosi di seluruh negara bagi memperkenalkan wajah dan janji baharu jenama ini kepada rakyat Malaysia.

Pendekatan bersepadu digunakan untuk mendekati pengguna melalui pelbagai saluran termasuk media sosial, radio, laman web, paparan produk di kedai, papan iklan, serta platform mudah alih Red Eagle yang merangkumi lori penghantaran dan trak ‘Red Eagle Ong The-Go’.

Bermula 16 Dis 2025 hingga 15 Feb 2026, sebuah trak ikonik dikenali sebagai ‘Ong-The-Go Truck’ akan menjelajah ke bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung Malaysia bagi bertemu pengguna melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

Ikuti @RedEagle di media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti menarik lokasi persinggahan ‘Ong-The-Go Truck’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.