AS mahu rampas aset berkaitan 1MDB, lapor WSJ

AS mahu rampas aset berkaitan 1MDB, lapor WSJ

Pihak berkuasa dijangka memfailkan saman di Amerika Syarikat seawal pagi Rabu

wsj 1mdb

KUALA LUMPUR:
Pendakwaraya persekutuan Amerika Syarikat akan memfailkan saman kerana mahu merampas aset-aset yang dikaitkan kepada 1MDB, lapor Wall Street Journal pada Rabu memetik sumber yang tidak dinamakan.

Pihak berkuasa dijangka memfailkan saman di Amerika Syarikat seawal pagi Rabu menurut laporan itu, dan menambah aset-aset tersebut dijangka termasuk harta benda dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Pegawai di Pejabat Perdana Menteri Malaysia berkata mereka belum membaca laporan itu. Tiada komen segera daripada 1MDB.

Perampasan aset itu merupakan tindakan pertama kerajaan Amerika Syarikat berkaitan siasatan 1MDB, kata laporan itu lagi. Tetapi tidak diketahui aset apa yang akan dirampas.

1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 selepas Perdana Menteri Najib Razak diangkat menjadi perdana menteri disiasat atas dakwaan pengubahan wang di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.