Payung individu tidak dikenali selamatkan kereta daripada dinaiki air

Payung individu tidak dikenali selamatkan kereta daripada dinaiki air

Jika 'dia' tidak berbuat demikain, kereta saya mungkin ditenggelami air kerana malam sebelum itu, kawasan tempat saya tinggal, Hougang dilanda hujan lebat

payung

PETALING JAYA:
Lagi kelakuan murni insan tidak dikenali dikongsi dalam laman portal!

Kali ini, ia berlaku di Singapura apabila seorang lelaki terkejut melihat tingkap belakang keretanya di’payung’kan menggunakan payung berwarna lutsinar.

Pemilik kenderaan itu, yang hanya mahu dikenali Imran dalam satu posting di laman portal komuniti Singapura, All Singapore Stuff berkongsi pengalamannya berhadapan situasi keretanya dilitupi sesuatu.

“Pada Selasa lalu, kira-kira pukul 8.40 pagi ketika berjalan menghala ke kereta, saya terkejut melihat tingkap belakang kereta. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak normal, saya terfikir jikalau cermin tingkap dipecahkan orang.

“Apabila mendekatinya, baru saya perasan ia adalah payung berwarna lutsinar.

“Seorang insan murni telah menyarungkan payung tersebut selepas mendapati saya terlupa tutup tingkap belakang. Jjika ‘dia’ tidak berbuat demikain, kereta saya mungkin ditenggelami air kerana malam sebelum itu, kawasan tempat saya tinggal, Hougang dilanda hujan lebat

“Malah ia akan menyebabkan tempat duduk dan karpet kereta basah dan memerlukan masa serta wang yang banyak untuk pengeringan,” kongsinya dalam portal tersebut berserta dengan gambar.

Justeru itu, Imran menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada individu itu yang tidak dikenali dan berharap untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti.

“Semoga tuhan merahmati individu baik hati ini,” tulisnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.