8 maut bas terjunam gaung di Bolivia

8 maut bas terjunam gaung di Bolivia

Enam lagi cedera dalam nahas di Jalan Yungas, wilayah pentadbiran La Paz pada Isnin.

crime scene do not cross
Menurut laporan awal bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas, sebelum terjatuh ke gaung dan dasar sungai. (Gambar EPA Images)
LA PAZ:
Sekurang-kurangnya lapan maut, manakala enam lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bas kecil terjunam ke gaung di Jalan Yungas, wilayah pentadbiran La Paz, menurut Jabatan Bomba Bolivia, lapor Xinhua.

“Lapan maut dan enam cedera. Antara yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,” kata pengarah jabatan itu, Pavel Tovar.

Hujan menyebabkan jalan licin dan kawasan itu turut diselubungi kabus tebal, manakala pemandu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan teruk, katanya.

Menurut laporan awal, bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas, sebelum terjatuh ke gaung dan dasar sungai. Anggota bomba dan sukarelawan mengambil berjam-jam untuk menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan mayat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.