Ribut petir diramal landa banyak kawasan Sabah Sabtu ini

Ribut petir diramal landa banyak kawasan Sabah Sabtu ini

MetMalaysia ramal ribut petir berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman Sabah pada sebelah petang.

ribut petir
Ribut petir diramal berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman Sabah pada sebelah petang Sabtu ini, manakala hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu malam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kebanyakan kawasan di Sabah diramal mengalami ribut petir Sabtu ini, hari pengundian PRN Sabah ke-17.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu pagi.

Sementara itu, pada sebelah petang, ribut petir diramal berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman, manakala hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu malam.

Suhu sepanjang hari dijangka antara 21 darjah Celsius hingga 31 darjah Celsius.

Sabtu ini, 1.76 juta rakyat Sabah yang layak akan memilih wakil mereka di 73 kerusi DUN, menerusi 3,558 saluran di 882 pusat mengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.