Warga emas maut dihempap papan iklan

Warga emas maut dihempap papan iklan

Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan yang berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh.

ACP-Shaikh-Abdul-Adzis-Shaikh-Abdullah

MELAKA:
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Pokok Mangga menghala ke Klebang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Ahmad Yusop Omar, 64, seorang pengawal keselamatan dari Taman Tangga Batu di sini meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kejadian 7.15 pagi itu.

“Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Mangga kerana lampu merah, sebelum papan iklan berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.