Berang disuruh tandatangani SD untuk jualan tanah

Berang disuruh tandatangani SD untuk jualan tanah

Pemuda GERAKAN Pulau Pinang enggan tandatangan akuan berkanun menghalang penandatangan kongsi maklumat jualan tanah

jason-loo_house_600

GEORGE TOWN:
Seorang pemimpin GERAKAN Pulau Pinang membidas kerajaan negeri kerana mewajibkan beliau menandatangani akuan berkanun (SD) menghalang penandatangan berkongsi maklumat daripada dokumen jualan tanah dalam negeri itu.

Ketua Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo berkata amalan itu bercanggah dengan semangat membolehkan akses awam Enakmen Kebebasan Maklumat (FoI) Kerajaan Pulau Pinang.

Jason diminta menandatangani akuan berkanun itu sebelum diserahkan dokumen mengenai penjualan tanah kerajaan di Bayan Mutiara dan Bayan Bay.

“Ia akan menetapkan duluan yang buruk sekiranya saya tandatangan SD ini. Saya tidak mahu dan saya merayu kepada kerajaan Pulau Pinang supaya segera batalkan syarat ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri hari ini.

“Pada mulanya saya diberitahu dokumen telah diluluskan untuk diserahkan kepada saya pada 16 Februari. Sekarang, saya diberitahu saya perlu tandatangan SD. Kebodohan apa ini?” soalnya, dan menambah beliau telah membayar sejumlah RM285 kepada pihak berkuasa untuk dokumen-dokumen itu.

Jason berkata perkara ini dibangkitkan dalam persidangan DUN minggu ini.

FoI Pulau Pinang pada 2012 dan berkuatkuasa pada Januari 2015. Mengikut enakmen ini, maklumat yang dipohon perlu disalurkan dalam masa 14 hari.

Ia merupakan salah satu daripada ikrar keletusan dan kebebasan maklumat pakatan pemerintah sekarang ini dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.