Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, pengguna mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana mereka mempunyai pilihan lain.
“Kalau pengguna rasa harga makanan serta minuman dan perkhidmatan lain terlalu mahal di restoran mamak jangan masuk dan boikot sahaja restoran itu kerana mereka ada kuasa.
“Bagi peniaga pula mereka pun nak untung, janganlah bandingkan harga di restoran dengan gerai, kita kena adil kalau harga dekat gerai RM1 dan restoran dijual RM1.20 bagi saya restoran lagi murah sebab keadaan serta suasana disana lebih selesa berbanding di gerai kerana adanya tempat duduk, sama juga makanan dihotel kita nak harga sama dengan di restoran mana boleh,” katanya kepada FMT.
Noorul berkata demikian menjawab dakwaan setengah pihak kononnya caj yang dikenakan di restoran mamak `cekik darah’.
Sementara itu, mengulas mengenai caj pendingin hawa sebanyak RM10 kepada pelanggan di sebuah restoran mamak di Bangsar Hassan berkata, isu tersebut hanyalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pekerja di restoran terbabit.
“Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah kesilapan teknikal. Pengurusan restoran itu juga perlu meletakkan tanda harga secara jelas bagi memudahkan pengguna menyemak harga.
“Pemilik restoran juga perlu memberitahu kepada pelaggan sekiranya mereka ingin mengenakan caj pendingin hawa,” katanya.
