PRN Sarawak: Bekas Mufti Perlis diumum calon BN

PRN Sarawak: Bekas Mufti Perlis diumum calon BN

Dr Juanda Jaya akan bertanding di DUN Jemoreng yang merupakan kerusi selamat BN.

Dr-Juanda-Jaya,bn

KUCHING:
Bekas Mufti Perlis ,Dr Juanda Jaya diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Beliau, akan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kerusi N44, DUN Jemoreng.

Pengumuman itu dibuat, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi parti PBB dalam satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.

Kerusi Jemoreng sebelum ini disandang, Gani@Abu Seman Jahwie yang mendapat undi 77.6 peratus pada PRN lalu.

Dr Juanda sebelum ini pernah dikatakan cuba dipancing PKR untuk menjadi calon Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha itu tidak berjaya.

Beliau pernah menjadi Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun sebelum bercuti panjang untuk menyambung pendidikan di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini untuk menetapkan hari pengundian di Sarawak.

Pada PRN kali ini, sejumlah 82 kerusi dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru iaitu Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.