
Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi berkata, PRN itu ‘pasti’ akan berlangsung tahun ini, namun tarikh tepat pembubaran DUN bergantung kepada Premier Sarawak Abang Johari Openg.
Nanta, yang juga setiausaha agung parti teras GPS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, menzahirkan keyakinan bahawa gabungan itu akan terus mendapat sokongan majoriti di DUN, lapor The Borneo Post.
PRN Sarawak pada Disember 2021 menyaksikan GPS menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) pimpinan Wong Soon Koh memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.
PSB kemudiannya dibubarkan, dengan Wong dan ahli-ahli lain menyertai komponen GPS, Parti Demokratik Progresif, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi gabungan itu 80.
PRN seterusnya di Sarawak mesti diadakan selewat-lewatnya pada April 2027.
DUN sebelum ini meluluskan peningkatan bilangan kerusi negeri kepada 99, tetapi ia tertakluk kepada pengesahan Dewan Rakyat.