Cadangan pinda OSA meragukan – PERKASA

Cadangan pinda OSA meragukan – PERKASA

Keputusan Peguam Negara mencadangkan pindaan tersebut dilihat untuk melindungi kesalahan pihak tertentu daripada pengetahuan rakyat.

Hassan Basri Muhammad

PETALING JAYA:
PERKASA mendakwa cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengusulkan cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) jelas untuk menjaga kepentingan pihak tertentu susulan pelbagai kebocoran makumat melibatkan pihak pentadbiran negara tersebar.

Menurut Ketua Penerangan PERKASA, Hassan Basri Muhammad, usaha Peguam Negara meminda Akta Rahsia Rasmi kini lebih menjurus kepada kebimbangan beliau terhadap kesedaran dan terhakisnya keyakinan rakyat apabila terdedahnya dokumen dan maklumat yang membabitkan salahlaku dan penyelewangan.

“Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salah laku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan melibatkan isu keselamatan ialah apabila rakyat bangkit memberontak menzahirkan ketidakpuasan hati mereka susulan terdapat usaha melindungi maklumat penyelewengan melalui pindan OSA.

“Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus di bawah prinsip ‘good governance’ dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat,” katanya.

Sabtu lalu, Apandi dilapor sedang menimbang untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan meningkatkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan kepada wartawan yang melaporkannya dan didapati bersalah.

Sehubungan itu,PERKASA menyokong tindakan Pertubuhan Wartawan Nasional (NUJ) bahawa cadangan pindaan ini adalah satu tindakan yang zalim dan satu cubaan untuk menakutkan masyarakat dan pengamal media daripada mendedahkan penyelewengan dan salahlaku sesetengah pihak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.