TPR SPRM terkait kes dadah pindah ke AGC

TPR SPRM terkait kes dadah pindah ke AGC

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata TPR itu tidak dibenar menjalankan sebarang tugasan khusus.

Mohd Dusuki Mokhtar
Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata penempatan semula TPR berkenaan di AGC sehingga siasatan kes selesai.
PETALING JAYA:
Timbalan pendakwa raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diberkas berkait kes dadah di kediamannya baru-baru ini, ditempatkan semula di Jabatan Peguam Negara buat sementara waktu.

Penempatan itu berkuat kuasa sehingga siasatan kes selesai.

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, berkata TPR berkenaan tidak dibenarkan menjalankan sebarang tugasan khusus.

“Siasatan masih dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas siasatan selesai.

“Kita lihat dulu hasil siasatan sebagaimana dakwaan berkaitan milikan dan penggunaan dadah. Untuk sementara itu, TPR berkenaan dipindahkan ke pejabat AGC,” katanya menurut Berita Harian di Kota Bharu.

Dilaporkan sebelum ini mengenai penahanan TPR yang baru melapor diri di SPRM.

TPR itu direman tiga hari dengan dibebaskan dengan jaminan polis pada 25 Sept.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.