Tak sempat undi, warga emas rebah di pusat pengundian

Tak sempat undi, warga emas rebah di pusat pengundian

Wanita berusia 83 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh, Negeri Sembilan.

(Gambar Utusan)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas tidak sempat mengundi apabila dilaporkan pengsan di sebuah pusat pengundian di Gemencheh, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Tampin, Anuwal Wahab berkata, wanita itu dilaporkan hadir bersama keluarganya untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Rokan.

Katanya, selepas mencelup jarinya dalam botol dakwat wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum segera di bawa ahli keluarganya ke Klinik Kesihatan Gemencheh.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.