
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata undi awal pula akan diadakan pada 22 April.
“PRK Ayer Kuning, Perak, melibatkan 31,897 daftar pemilih hingga 22 Feb iaitu 31,315 pengundi biasa serta 582 anggota polis dan pasangan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga 25 April.
Katanya, PRK Ayer Kuning memerlukan perbelanjaan RM2.5 juta.
“Seramai 601 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Ayer Kuning.
“Manakala, sebanyak 19 pusat mengundi biasa yang mengandungi 63 tempat mengundi/saluran dan dua pusat mengundi awal mengandungi tiga tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 21 dengan 66 tempat mengundi/saluran,” katanya.
Kerusi DUN Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.
Pada PRU15 November 2022, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.