Guru meninggal dunia, ditemukan tidak sedarkan diri di pejabat

Guru meninggal dunia, ditemukan tidak sedarkan diri di pejabat

Polis difahamkan wanita berkenaan berehat di bilik kerana kurang sihat.

garisan kuning
Polis kata seorang guru besar meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri.
TAMPIN:
Seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina di Gemencheh meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabat.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 pagi, dan difahamkan mangsa berehat di biliknya kerana kurang sihat.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu telah menghadiri Program Hari Usahawan di sekolah.

“Pada 9 pagi, rakan mangsa mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Amiruddien berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.