Peratusan keluar mengundi PRK Ayer Kuning masih rendah, kata SPR

Peratusan keluar mengundi PRK Ayer Kuning masih rendah, kata SPR

Bagaimanapun Pengerusi SPR Ramlan Harun opitimis sasaran 70% akan dicapai.

VOTERS - PUBLIC - AYER KUNING
Sebanyak 26.36% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab setakat 11 pagi selepas 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi.
TAPAH:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan keluar mengundi PRK Ayer Kuning setakat 11 pagi masih rendah justeru menasihati orang ramai keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi Ramlan Harun opitimis sasaran 70% akan dicapai.

“Proses pengundian setakat ini berjalan lancar selain keadaan aman dan berharap momentum sedemikian dapat kekal hingga pusat mengundi ditutup 6 petang nanti.

“Saya menyeru dan memohon pengundi berdaftar keluar lebih awal kerana kita bimbang cuaca tak mengizinkan sebelah petang, memandangkan hujan kerap turun beberapa hari lalu,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor.

Sementara itu, Ramlan berkata setakat ini SPR menerima 36 laporan berkaitan kesalahan sepanjang PRK membabitkan bahan kempen.

“Lima daripada keseluruhan laporan ini dibuat kepada polis dan semua tindakan sudah diambil. Semua laporan ini tidak membabitkan kesalahan serius,” katanya.

Sebanyak 26.36% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab setakat 11 pagi selepas 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu susulan kematian Ishsam Shahruddin daripada Barisan Nasional pada 22 Feb lalu.

PRK hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohamad Yusri Bakir, Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia KS Bawani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.