
PETALING JAYA: Setakat 4 petang, secara purata seramai 64.6% daripada 7.7 juta pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut SPR.
Setakat ini, Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada 70%, diikuti Kedah (68%), Pulau Pinang (67%), Selangor (65%), Negeri Sembilan (62%) dan terendah di Kelantan sebanyak 56%.
Dalam pada itu, PRK Kuala Terengganu merekodkan 67% keluar mengundi.