
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP dan calon PH di Chennah, Loke Siew Fook, berharap peratusan keluar mengundi melebihi 70% di Negeri Sembilan.
“Saya harap peratusan mengundi akan melebihi 70% di Negeri Sembilan. Sebab pada PRU lepas, peratusan keluar mengundi (Negeri Sembilan) mencecah 74 ke 75%,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di SJK(C) Sin Hua, Seremban, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat 2 petang, peratusan keluar mengundi bagi Negeri Sembilan hanya mencecah 49%.